Voting

Thursday, March 8, 2012

Alam Baru Sebagai Pelajar

Alhamdulillah....akhirnya cita2 yang dah lama tersemat dlm diri ini akhirnya dapat direalisasikan....namun ini adalah satu permulaan sebuah perjuangan menuntut ilmu....semoga sepanjang perjalanan ini sentiasa dirahmati dan dilindungi serta diberkati oleh Allah. InsyaAllah...

Ingin saya kongsikan pengalaman bermula dari proses permohonan sehingga lah ke pendaftaran seterusnya menghadiri kelas kepada sahabat2 dari penjawat awam yang berminat untuk memohon...

Bermula dengan permohonan cuti belajar bergaji penuh dengan JPA. Ada syarat2 yang mesti dipatuhi. Antara syarat2 adalah:

1. Telah mendapat tempat di universiti (*yg nih kemungkinan akan di revise semula sbb sepatutnya tk boleh apply uni sebelum dpt kelulusan cuti)

2. CGPA Ijazah > 2.75

3. LNPT 3 tahun > 85

4. berkhidmat > 5 tahun

5. Pernah memohon HLP tp tidak berjaya

6. Syarat2 basic yg lain seperti tiada tindakan tatatertib, telah istihar harta dan lain2. Boleh tgk kat laman web JPA atau e-SILA

7. Isi Borang JPA(L) LDP 1B/96 [Pin.1/2003] Borang Permohonan Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan

Dah isi borang, kena submit borang dan dokumen2 yg diperlukan tuh kepada Ketua Jabatan. Permohonan cuti nih kena buat melalui Ketua Jabatan. Berlainan dengan HLP, pihak JPA akan buatkan untuk kita....

Jabatan akan submit kepada Kementerian dan baru ke BMI, JPA. Bhg Modal Insan akan panjangkan kepada Bahagian Servis. Mereka yang akan menyemak syarat2 permohonan tuh. Jika tidak ada masalah, permohonan akan diluluskan.

Cuma peringatan kat sini, bidang kursus yang dipilih juga menjadi pengukur utk kelulusan cuti, so kena pilih bidang yang berkenaan atau boleh rujuk terus kpd Bhg Servis.

Ok...lepas dh dpt kelulusan cuti...tunggu proses universiti la plokk...!! Last skali....selamat menempuh alam belajar semula....hehehe....

1 comment:

BaiDuRi said...

terbaeekk!!! Tq for sharing..harap syarat² ni tak byk berubah utk 2-3 thn akan dtg..hehe..All the best utk awak..smoga dpt score every sem dgn cemerlang :)